Sunday, 12 November 2023

Rindu

Rinduku sekeping sajak
Yang tak kauinstagramkan
Ridhwan Saidi. 

Pertemuan

Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru

Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu

T.Alias Talib

 Kuala Terengganu, 1974

Tuesday, 19 September 2023

Minta Maaf

Actually by now, rasanya dia dah mula berubah dari tak suka kepada benci aku. Dan kalau boleh, aku nak minta maaf sangat-sangat. Tapi yelah, kata maaf kadang tak dapat ubah apa yang telah jadi. 

Jujur aku cakap, waktu aku tulis ni, aku masih lagi suka dia. Tapi untuk kembali menagih dan merayu, tidak. Sebab aku takut dia akan lagi benci kepadaku dan meluat, atau lebih teruk geli. Jadi, mungkin aku akan cuma tegur dia dalam keadaan yang lebih santai, macam seorang kawan yang pernah kenal. Itu pun kalau aku mampu. Semata-mata untuk buang rasa janggal yang bakap muncul. 

Dan kalau boleh aku rayu pun, aku rayukan maafnya. Aku tak salahkan dia kerana tolak aku. Tak. Aku pun sedar, aku tak pandai untuk buat orang suka aku. Kalau ada pun, aku lebih mahir buat orang benci. Jadi tak pelik kalau dia tolak aku sebelum ni. Dia bukan orang pertama. Aku pernah jadi pilihan untuk perempuan lain. Dan tak dipilih pun. Nak cerita macam mana teruknya aku. Takkan aku sanggup nak paksa orang lain terima buangan macam aku? 

Aku minta maaf kalau sebab aku, dia rasa nama dia jadi teruk. Tak, dia bukan perempuan macam itu. Even selepas semua benda, mungkin cuma satu perkara yang aku salahkan dia: iaitu kerana buat aku berharap. Tapi salah aku juga kerana berharap. Jadi memang tiada salah dia. Dia antara perempuan yang baik, lembut, berdikari, berprinsip, berani, berkemahiran yang aku kenal. Dan selamanya akan aku kagumi. 

Dan aku yakin, perkara itu takkan berubah pun. Akhir sekali, kalau kau tengah baca ni, aku sangat harapkan maaf daripada kau, sebab setakat aku menulis ini, dah beberapa hari perkara aku kacau dengan perkara yang sama. 

Friday, 8 September 2023

kata-kata tak terungkap.

May be kalau kau tahu, macam mana perkataan tu hilang dalam kepala aku, ayat-ayat lesap daripada lidah aku dan cuma senyuman tawar yang terbit di wajah aku, mungkin akan jadi lain. 

Jatuh cinta, bukan perkara yang kau boleh paksakan. Ada yang makan bulan, tahun untuk terima seseorang. Mungkin orang akan jatuh cinta kerana satu momment kecil yang bermakna. Dan aku tak boleh nak paksa sesiapa untuk sukakan aku. Dan aku dah terlalu biasa ditinggalkan, jadi untuk rasa sedih yang melampau tu, mungkin dah tak boleh. Aku pernah kena lagi teruk daripada ni, pernah menangis, meratap, merayu untuk seorang perempuan. Tak, aku tak rasa perkara tu akan jadi lagi. 

Cuma aku terkilan. Aku tak boleh nak paksa sesiapa. Dan certain situasi aku tak boleh pilih pun. Aku tak mintak untuk ada aura garang macam ni, even aku dalam keadaan biasa pun orang kata garang. Tak bercakap apa pun, orang kata garang. Aku pun tak mintak untuk ada suara mengaum macam ni. Even cakap biasa pun, orang kata marah. Sungguh, kadang aku harap semua ni takde dengan aku. 

Dan satu aku boleh pastikan, sejak hari itu, aku jadi insecure. Aku tanya orang sama ada betul aku garang. Nak pastikan apa pandangan orang terhadap aku. Ada yang kata ya, ada yang kata biasa. Dan kalau tanya aku, ada orang lain yang lagi garang daripada aku. Cuma sebab wajah mereka yang manis dan suara yang lembut, orang boleh terima lebih daripada aku. Mungkin ada yang aku salah mana-mana. 

Dan tentang salah, satu perkara yang aku silap bila dengan kau adalah terlalu rushing. Gopoh. Tapi aku tak boleh elak daripada jadi macam tu. Aku ada satu tempoh masa yang aku patut gunakan dengan sehabisnya. Satu masa fix yang perlu manfaatkan sebaiknya. Jadi aku cuba untuk tunjuk yang aku bukan main-main. Tapi aku sendiri tahu, takda perkara yang aku kejar. Dan itu bukan gaya aku pun, aku lagi santai daripada tu. Cuma situasi tak benarkan untuk aku jadi macam tu. Aku minta maaf. Mungkin aku terlalu gopoh. 

Apa pun, berbahagialah. Akan ada orang lain yang lebih baik untuk kau. Akan ada lelaki lagi baik lagi lemah lembut untuk kau. 

Dan aku, kisah cinta aku dah habis, sebenarnya lama dahulu. Aku tak rasa yang aku akan tunjukkan effort untuk sesiapa lagi. Tak, sekurang kurangnya untuk satu tempoh masa. Tiga kali tengok usaha yang gagal cukup untuk buat aku menyerah. Mungkin memang kisah cinta bukan untuk aku. Mungkin sendiri memang kisah yang Tuhan takdirkan untuk aku. Dan aku mula biasa dengannya. 

Akhir sekali, terima kasih. Walau untuk apa pun itu. 

Friday, 1 September 2023

Tempat Yang Berubah

Satu benda yang aku perasan selepas perpisahan adalah satu-satu tempat tu takkan kekal sama. Nama pon akan berubah. Dia takkan jadi kedai makan itu, kedai runcit itu, pantai itu atau segala macam nama khas satu-satu tempat tu. 

Nama tempat tu kemudiannya akan jadi:
Kedai makan aku bawak dia pergi, Mr diy yang kami pernah pergi sekali, kafe yang mahu kami pergi, kedai kopi tempat pertama kami keluar bersama, padang kami ambil gambar dahulu dan segala macam nama yang berkait dengannya. 

Tempat itu akan jadi istimewa, satu yang pernah beri makna. 

Yang Buatkan Saya Tersenyum


Ada satu momen yang saya ingat. Hari itu, saya bangun dengan tiada mood. Malah tidak tersenyum hingga tengah hari. Kawan-kawan saya tahu hari itu saya tiada mood. 

Hari itu, selepas program di perpustakaan. Say terpaksa pastikan yang semua orang dapat nasi. Panas dan saya kenakan baju kemeja. Dipadankan dengan hati yang panas. Saya terpaksa tunggu di hadapan surau. Menanti orang datang tuntut makanan. Masih tiada senyuman. 

Semua sebelum dia datang depan saya. Ke keretanya tidak silap. Bersama Ayuni. Saya masih ingat yang Ayuni tidak mahu lari waktu itu. Tapi disuruh dia untuk lari bersama. Malah ditariknya Ayuni. Saya ingat Ayuni kata:

"kenapa kena lari?" dan dia cuma gelak sambil suruh Ayuni lari bersama. 

Dan mereka berlari. Di hadapan saya. Saya cuma lihat dan tidak semena-mena satu senyuman terukir di wajah saya. Tidak tahu kenapa. Mungkin terhibur. Mungkin kerana senyumannya. Mungkin kerana kegelabahannya. 

Tapi untuk sekejap, saya tersenyum. Kali pertama untuk hari itu. Walau sekejap. Terima kasih. Dan entah kenapa, momen kecil seperti ini boleh saya ingat. Tapi terima kasih kerana pernah jadi sebab saya tersenyum. 

Thursday, 31 August 2023

Yang Tidak Terungkap (Tamat)


Sejujurnya saya masih tak faham kenapa. Alasannya agak tak masuk akal. Lagipun ayatnya yang redundant buat saya keliru. Okay, fikirkan. Dia takut yang perasaan saya tak kekal, tapi dalam masa yang sama dia takut perasaan saya bercambah lebih besar. Faham tak? 

Sebab itu saya rasa ada perkara yang tidak terungkapkan dalam cerita ini. Tapi takpelah. 

For the next guy, please, treat her good, heal her wound, be nice to her. I may not know her enough. But as far as i know, she's a wonderful girl and im glad to know her. 

Trend Yang Tidak Kami Selesaikan

1) Noodles

2) Bread

3)Milk

4) Ice cream

5) Snack

6) Chocolate. 

Monday, 28 August 2023

Tentang Effort dan Lelaki Pilihan

Sejujurnya, saya antara manusia yang tak percaya kepada effort, atau lebih spesifik, percaya yang perempuan akan lihat kepada effort. Pernah saya try perempuan dengan segala macam effort yang saya mampu, belikan hadiah, belikan makanan, ajak keluar, even saya support tambang pergi balik klia sebab dia nak hantar kawan belajar oversea. Bukan nak mengungkit, tapi selepas semua yang saya buat, tiada tanda yang dia akan terima saya, jadi saya angkat kaki. 

Dan sejak itu, saya tak percaya lagi kepada effort, sebaliknya saya pegang yang perempuan akan pilih siapa yang dia nak. Kerana selepas 4 tahun, perempuan itu beritahu saya yang dulu dia belum move on daripada crushnya. 

Tapi selepas itu, saya lihat bagaimana effort seorang lelaki boleh merubah perempuan. Dan effort yang saya buat selama ini dilupakan. Selepas segala apa yang saya cuba untuk buat, saya sedar yang ia memang tidak cukup. Mungkin saya tidak berduit. Mungkin saya belum sedia untuk menghadap rejection keluarga dia. Mungkin sebab itu effort saya dikatakan tidak cukup. 

Dan lelaki yang dia beritahu saya dia tidak suka, akhirnya dipilih dia jadi bakal suami, sekarang mungkin tunangannya. Tak, saya tak sakit lagi mendengar cerita itu. 

Mungkin ada masalah dengan saya. 

Dan mungkin saya takut. Mungkin effort saya akan terlihat separuh-separuh. Mungkin effort saya tidak berpanjangan. Mungkin effort saya tidak seberapa. Mungkin effort saya tidak sehebat orang lain. Segalanya mungkin, dan jujur saya sangat takut perkara sama berulang. 

Dan saya masih bertaruh. Saya minta maaf. Tapi dalam hati saya, ada yang lebih saya takutkan daripada semua itu. Saya takut mati tanpa mencuba. Saya takut gagal tanpa usaha. Saya takut, dalam 30, 50 tahun akan datang, saya akan menyesal semua yang tidak saya lakukan. 

Mungkin saya selfish. Saya minta maaf. Sangat-sangat minta maaf. 

Tapi untuk terakhir kali,  izinkan lelaki tak seberapa ini tunjukkan effort semampunya buat terakhir kali. Kerana selepas ini, tiada lagi dia ingin mencuba dan percaya untuk sebuah lagi kisah cinta. 

Saturday, 26 August 2023

Pasca Janji Temu 3

1) em
Saya tak tahu ape respon dia bila saya cakap yang 'em' dia comel. Tapi itu yang saya rasa. Sama ada yang dia guna emmm sebelum buat keputusan, atau em yang bermaksud ya. Cuma mungkin saya suka lagi yang pendek. Sebab lagi comel. 

2) senyumannya
Macam saya cakap ketika ambil gambar sebelum keluar daripada kereta. Saya beritahu yang dia punya beberapa senyuman. Yang saya perasan, hari itu ketika keluar bersama, dia jarang senyum. Mungkin nerves. Tapi setakat ni memang obvious kalau dia senyum yang betul senyum dan senyum yang terpkasa. Macam dalam gambar tu. 

3) random
Ketika dia tarik bakul yang ada di tangan saya, semacam ada satu renjatan elektrik ke badan dan otak saya. Saya harap dia tak perasan sebab masa tu saya macam 🤦‍♂. Sabar zafry. Jangan obvious sangat. Sebab macam ada satu perasaan yang menyenangkan datang dalam hati saya. 

4) gambar. 
Kalau boleh jujur, sebenarnya ketika saya snap gambar ketika di Nasken, ragu-ragu juga. Kalau-kalau dia tak suka. Tapi bantai sajalah. Dengan tangan yang separa bergetar. Nasib baik tak sia-sia. 

Janji Temu 3

Our third date and the first time i drive her. Akhirnya ada gambar berdua selain raya. Takkan nak recycle gambar tu sampai sudah. 

Pra Janji Temu Ketiga

Kau bayang, aku bukak talipon, tengok notifikasi kat tiktok, lepas tu senyum sambil naik motor. Macam orang kurang siuman. Betullah benda-benda macam ni boleh buat orang gila. 

Padahal dia cuma balas 'u' dan lepas tu meracau cringe apa semua. Tapi tu pon dah boleh buat aku senyum sampai malam. Lain macam penangannya. 

Tapi dalam masa yang sama, lepas mula stabil, aku cari balik siuman aku yang hilang. Beritahu ke diri sendiri, jangan berharap sangat. Jawapan dia belum jelas lagi. Ingat kali terakhir kau percaya, macam mana hancur remuk hati kau. 

Aku tak salahkan dia. Dan bukan benda yang betul untuk letakkan salah orang lain atas dia. Cuma aku kena peringat diri sendiri. Benda-benda yang tak pasti macam ini, jangan fikirkan sangat. Jangan letak dalam hati sangat. Sebab takut hujung-hujungnya sakit sendiri. 

Tapi berkenaan gembira tu betul ah. Aku cerita ke kawan aku yang aku happy gila. Nyaris-nyaris kena pijak. Hahahaha. 

Janji Temu 2

Janji temu yang tidak sempat saya ajak bergambar. 

Makanan 😋

Orang kata, It's not the present. It's the thought. Tapi tulah, segan juga saya. Sebab pada hemat saya, sudah-sudahlah dapat apa-apa daripada perempuan. Ada perkara yang saya takutkan. Ada trauma yang masih berdarah. 

Tapi perasaan bila dapat makanan daripada dia, ah... Lain macam indah. Lain macam senyum. 

Impian saya

One thing that i know about her today, is that she also has her own trauma. And i feel like, finally, something that i can work on to make her feel special. Something that can show me that she needs me. Something that i can help her with. 

Atau paling tidak pun, jika kelak dia tidak terima saya, paling kurang pun, sepanjang dia bersama saya, tiada memori buruk yang akan dia kenang. Moga yang akan dia ingat daripada saya, yang muluk-muluk sahaja. Moga tidak saya tambah lagi trauma atau luka yang dia ada. 

Friday, 25 August 2023

Pasca Janji Temu

 Perkara paling kelakar dan geli terjadi sebaik sahaja saya pulang daripada KB Brewster. Dari tangga kolej, saya jerit panggil Nazri. Memang kelakar, mak cik cleaner tengok saya dengan wajah hairan. Atau mungkin dia takut kerana saya menjerit macam mahu cari gaduh.

Sebaik sampai di bilik Naz, saya rebahkan badan ke katilnya dan tolak dia sedikit ke dalam sambil peluk badannya. Macam orang tidak siuman. Saya bilang yang saya happy gila dan tak pernah lagi saya buat benda macam ini sepanjang hidup saya. Arep ada di situ, saya rasa dia meluat tengok. Hahaha.

Naz tanya sama ada ia berjalan dengan baik atau tak. Saya bilang, pada hemat saya, itu sudah boleh dikira baik. Saya juga bilang yang Ezzah ada bersama dan gelak. Ada beberapa perkara lain yang saya cakap, tapi tak ingat apa.

Selepas itu saya bergerak ke bilik Pok Nik. Perkara yang sama saya ulang. Saya baring di sisinya dan peluk dia. Saya tahu yang selepas ini memang saya akan kena nganjing. Tapi peduli apa, saya gembira masa tu.

Dan begitulah berakhir hari pertama janji temu. Malam itu, saya snap gambar resit sebab tiada gambar lain. 

Janji Temu Pertama (Part 2)

Aku rasa ia akan jadi cerita yang paling kelakar sampai bila-bila pun. Tentang malam sebelum keluar, aku ke bilik Naz untuk beli baju Polo. 

Kenapa Polo? Sebab ia nampak kemas, bergaya, timeless, dan aku takkan berlebihan. Kalau dia overdress, aku akan terlihat elok di sisinya. Dan dia takkan fikir aku lelaki yang selekeh. Kalau dia pakai biasa-biasa, aku takkan terlihat overdress. Sebab ia cuma baju Polo. Dan dia tidak akan insecure. 

Itu yang ada dalam kepala otak aku. 

Jadi malam itu, aku bertukar-tukar antara 3 warna baju. Biru cair, navy blue dan merah. Mulanya aku mahu pilih biru cair. Tapi atas saranan orang, aku tukar ke navy blue. 

Esok harinya, sebelum bergerak keluar daripada ipg, aku panggil Naz untuk lihat sama ada aku ok atau tak. Padahal ini bukan kali pertama aku keluar dengan seseorang, cuma ia kali pertama aku keluar dengannya, jadi aku harap sangat semua berjalan lancar dan aku boleh tinggalkan kesan kepadanya. 

Tapi yang datang ke bilikku, bukan cuma Naz, tetapi Apeng dan Pok Nik. Ada mereka ambil gambar, mungkin nanti aku akan mintak. Begitulah kawan. Aku berterima kasih juga sebenarnya, sebab aku keliru sama ada mahu pilih seluar slack hitam bercorak garis atau yang plain. Atas saranan mereka, aku pilih yang plain. 

Ketika keluar bilik, aku sedar yang langit sudah mula mendung. Dalam hati, aku berharap, sekurang-kurangnya janganlah hujan sampai aku tiba di KB Brewster. Dan langit kekal mendung, malah sehingga aku pulang. 

Janji temu pertama

The first date between us. No picture, so i had to snap this resit as a sign that we've gone out together. 

Pertama

Saya ingat lagi pagi itu, dengan hati yang masih rabak kerana ditinggal bekas kekasih dan emosi yang belum lagi stabil. Ketika rakan sekelas saya (termasuk saya) sibuk menangkap gambar dan video. Dan ketika saya toleh ke kiri, nampak dia dalam sepersalinan serba hijau. Yang saya pandang lain daripada orang lain. Perempuan biasanya padankan dua atau tiga warna, atau paling kurang, baju dengan corak bunga atau pelbagai motif lain.

Tapi bukan dia, hari itu dia kenakan sepersalinan hijau yang berjaya tangkap perhatian saya dari jauh. Dalam hati saya terdetik tentang betapa cantiknya dia hari itu. Kerana hari-hari lain dia biasanya kenakan baju sukan. 

Hari itu, pertama kali dalam seumur hidup saya, saya beranikan diri, tegur orang yang tak pernah saya rapat, yang hanya saya bercakap, mungkin dua kali. Untuk diajak bergambar. Entah kegilaan apa yang merasuk saya hari itu. Tapi selepas semua yang terjadi, ketika menulis karangan ini, tiada satu perkara pun yang saya kesali. 

Dan dari situ, entah mungkin permainan takdir yang tidak saya sangka, yang tidak saya rancang, segalanya mula berjalan dengan indah.