Friday, 25 August 2023

Pertama

Saya ingat lagi pagi itu, dengan hati yang masih rabak kerana ditinggal bekas kekasih dan emosi yang belum lagi stabil. Ketika rakan sekelas saya (termasuk saya) sibuk menangkap gambar dan video. Dan ketika saya toleh ke kiri, nampak dia dalam sepersalinan serba hijau. Yang saya pandang lain daripada orang lain. Perempuan biasanya padankan dua atau tiga warna, atau paling kurang, baju dengan corak bunga atau pelbagai motif lain.

Tapi bukan dia, hari itu dia kenakan sepersalinan hijau yang berjaya tangkap perhatian saya dari jauh. Dalam hati saya terdetik tentang betapa cantiknya dia hari itu. Kerana hari-hari lain dia biasanya kenakan baju sukan. 

Hari itu, pertama kali dalam seumur hidup saya, saya beranikan diri, tegur orang yang tak pernah saya rapat, yang hanya saya bercakap, mungkin dua kali. Untuk diajak bergambar. Entah kegilaan apa yang merasuk saya hari itu. Tapi selepas semua yang terjadi, ketika menulis karangan ini, tiada satu perkara pun yang saya kesali. 

Dan dari situ, entah mungkin permainan takdir yang tidak saya sangka, yang tidak saya rancang, segalanya mula berjalan dengan indah. 

No comments:

Post a Comment