Kenapa Polo? Sebab ia nampak kemas, bergaya, timeless, dan aku takkan berlebihan. Kalau dia overdress, aku akan terlihat elok di sisinya. Dan dia takkan fikir aku lelaki yang selekeh. Kalau dia pakai biasa-biasa, aku takkan terlihat overdress. Sebab ia cuma baju Polo. Dan dia tidak akan insecure.
Itu yang ada dalam kepala otak aku.
Jadi malam itu, aku bertukar-tukar antara 3 warna baju. Biru cair, navy blue dan merah. Mulanya aku mahu pilih biru cair. Tapi atas saranan orang, aku tukar ke navy blue.
Esok harinya, sebelum bergerak keluar daripada ipg, aku panggil Naz untuk lihat sama ada aku ok atau tak. Padahal ini bukan kali pertama aku keluar dengan seseorang, cuma ia kali pertama aku keluar dengannya, jadi aku harap sangat semua berjalan lancar dan aku boleh tinggalkan kesan kepadanya.
Tapi yang datang ke bilikku, bukan cuma Naz, tetapi Apeng dan Pok Nik. Ada mereka ambil gambar, mungkin nanti aku akan mintak. Begitulah kawan. Aku berterima kasih juga sebenarnya, sebab aku keliru sama ada mahu pilih seluar slack hitam bercorak garis atau yang plain. Atas saranan mereka, aku pilih yang plain.
Ketika keluar bilik, aku sedar yang langit sudah mula mendung. Dalam hati, aku berharap, sekurang-kurangnya janganlah hujan sampai aku tiba di KB Brewster. Dan langit kekal mendung, malah sehingga aku pulang.
No comments:
Post a Comment