Dan sejak itu, saya tak percaya lagi kepada effort, sebaliknya saya pegang yang perempuan akan pilih siapa yang dia nak. Kerana selepas 4 tahun, perempuan itu beritahu saya yang dulu dia belum move on daripada crushnya.
Tapi selepas itu, saya lihat bagaimana effort seorang lelaki boleh merubah perempuan. Dan effort yang saya buat selama ini dilupakan. Selepas segala apa yang saya cuba untuk buat, saya sedar yang ia memang tidak cukup. Mungkin saya tidak berduit. Mungkin saya belum sedia untuk menghadap rejection keluarga dia. Mungkin sebab itu effort saya dikatakan tidak cukup.
Dan lelaki yang dia beritahu saya dia tidak suka, akhirnya dipilih dia jadi bakal suami, sekarang mungkin tunangannya. Tak, saya tak sakit lagi mendengar cerita itu.
Mungkin ada masalah dengan saya.
Dan mungkin saya takut. Mungkin effort saya akan terlihat separuh-separuh. Mungkin effort saya tidak berpanjangan. Mungkin effort saya tidak seberapa. Mungkin effort saya tidak sehebat orang lain. Segalanya mungkin, dan jujur saya sangat takut perkara sama berulang.
Dan saya masih bertaruh. Saya minta maaf. Tapi dalam hati saya, ada yang lebih saya takutkan daripada semua itu. Saya takut mati tanpa mencuba. Saya takut gagal tanpa usaha. Saya takut, dalam 30, 50 tahun akan datang, saya akan menyesal semua yang tidak saya lakukan.
Mungkin saya selfish. Saya minta maaf. Sangat-sangat minta maaf.
Tapi untuk terakhir kali, izinkan lelaki tak seberapa ini tunjukkan effort semampunya buat terakhir kali. Kerana selepas ini, tiada lagi dia ingin mencuba dan percaya untuk sebuah lagi kisah cinta.
No comments:
Post a Comment