Ada satu momen yang saya ingat. Hari itu, saya bangun dengan tiada mood. Malah tidak tersenyum hingga tengah hari. Kawan-kawan saya tahu hari itu saya tiada mood.
Hari itu, selepas program di perpustakaan. Say terpaksa pastikan yang semua orang dapat nasi. Panas dan saya kenakan baju kemeja. Dipadankan dengan hati yang panas. Saya terpaksa tunggu di hadapan surau. Menanti orang datang tuntut makanan. Masih tiada senyuman.
Semua sebelum dia datang depan saya. Ke keretanya tidak silap. Bersama Ayuni. Saya masih ingat yang Ayuni tidak mahu lari waktu itu. Tapi disuruh dia untuk lari bersama. Malah ditariknya Ayuni. Saya ingat Ayuni kata:
"kenapa kena lari?" dan dia cuma gelak sambil suruh Ayuni lari bersama.
Dan mereka berlari. Di hadapan saya. Saya cuma lihat dan tidak semena-mena satu senyuman terukir di wajah saya. Tidak tahu kenapa. Mungkin terhibur. Mungkin kerana senyumannya. Mungkin kerana kegelabahannya.
Tapi untuk sekejap, saya tersenyum. Kali pertama untuk hari itu. Walau sekejap. Terima kasih. Dan entah kenapa, momen kecil seperti ini boleh saya ingat. Tapi terima kasih kerana pernah jadi sebab saya tersenyum.
No comments:
Post a Comment