Jujur aku cakap, waktu aku tulis ni, aku masih lagi suka dia. Tapi untuk kembali menagih dan merayu, tidak. Sebab aku takut dia akan lagi benci kepadaku dan meluat, atau lebih teruk geli. Jadi, mungkin aku akan cuma tegur dia dalam keadaan yang lebih santai, macam seorang kawan yang pernah kenal. Itu pun kalau aku mampu. Semata-mata untuk buang rasa janggal yang bakap muncul.
Dan kalau boleh aku rayu pun, aku rayukan maafnya. Aku tak salahkan dia kerana tolak aku. Tak. Aku pun sedar, aku tak pandai untuk buat orang suka aku. Kalau ada pun, aku lebih mahir buat orang benci. Jadi tak pelik kalau dia tolak aku sebelum ni. Dia bukan orang pertama. Aku pernah jadi pilihan untuk perempuan lain. Dan tak dipilih pun. Nak cerita macam mana teruknya aku. Takkan aku sanggup nak paksa orang lain terima buangan macam aku?
Aku minta maaf kalau sebab aku, dia rasa nama dia jadi teruk. Tak, dia bukan perempuan macam itu. Even selepas semua benda, mungkin cuma satu perkara yang aku salahkan dia: iaitu kerana buat aku berharap. Tapi salah aku juga kerana berharap. Jadi memang tiada salah dia. Dia antara perempuan yang baik, lembut, berdikari, berprinsip, berani, berkemahiran yang aku kenal. Dan selamanya akan aku kagumi.
Dan aku yakin, perkara itu takkan berubah pun. Akhir sekali, kalau kau tengah baca ni, aku sangat harapkan maaf daripada kau, sebab setakat aku menulis ini, dah beberapa hari perkara aku kacau dengan perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment