Tuesday, 19 September 2023

Minta Maaf

Actually by now, rasanya dia dah mula berubah dari tak suka kepada benci aku. Dan kalau boleh, aku nak minta maaf sangat-sangat. Tapi yelah, kata maaf kadang tak dapat ubah apa yang telah jadi. 

Jujur aku cakap, waktu aku tulis ni, aku masih lagi suka dia. Tapi untuk kembali menagih dan merayu, tidak. Sebab aku takut dia akan lagi benci kepadaku dan meluat, atau lebih teruk geli. Jadi, mungkin aku akan cuma tegur dia dalam keadaan yang lebih santai, macam seorang kawan yang pernah kenal. Itu pun kalau aku mampu. Semata-mata untuk buang rasa janggal yang bakap muncul. 

Dan kalau boleh aku rayu pun, aku rayukan maafnya. Aku tak salahkan dia kerana tolak aku. Tak. Aku pun sedar, aku tak pandai untuk buat orang suka aku. Kalau ada pun, aku lebih mahir buat orang benci. Jadi tak pelik kalau dia tolak aku sebelum ni. Dia bukan orang pertama. Aku pernah jadi pilihan untuk perempuan lain. Dan tak dipilih pun. Nak cerita macam mana teruknya aku. Takkan aku sanggup nak paksa orang lain terima buangan macam aku? 

Aku minta maaf kalau sebab aku, dia rasa nama dia jadi teruk. Tak, dia bukan perempuan macam itu. Even selepas semua benda, mungkin cuma satu perkara yang aku salahkan dia: iaitu kerana buat aku berharap. Tapi salah aku juga kerana berharap. Jadi memang tiada salah dia. Dia antara perempuan yang baik, lembut, berdikari, berprinsip, berani, berkemahiran yang aku kenal. Dan selamanya akan aku kagumi. 

Dan aku yakin, perkara itu takkan berubah pun. Akhir sekali, kalau kau tengah baca ni, aku sangat harapkan maaf daripada kau, sebab setakat aku menulis ini, dah beberapa hari perkara aku kacau dengan perkara yang sama. 

Friday, 8 September 2023

kata-kata tak terungkap.

May be kalau kau tahu, macam mana perkataan tu hilang dalam kepala aku, ayat-ayat lesap daripada lidah aku dan cuma senyuman tawar yang terbit di wajah aku, mungkin akan jadi lain. 

Jatuh cinta, bukan perkara yang kau boleh paksakan. Ada yang makan bulan, tahun untuk terima seseorang. Mungkin orang akan jatuh cinta kerana satu momment kecil yang bermakna. Dan aku tak boleh nak paksa sesiapa untuk sukakan aku. Dan aku dah terlalu biasa ditinggalkan, jadi untuk rasa sedih yang melampau tu, mungkin dah tak boleh. Aku pernah kena lagi teruk daripada ni, pernah menangis, meratap, merayu untuk seorang perempuan. Tak, aku tak rasa perkara tu akan jadi lagi. 

Cuma aku terkilan. Aku tak boleh nak paksa sesiapa. Dan certain situasi aku tak boleh pilih pun. Aku tak mintak untuk ada aura garang macam ni, even aku dalam keadaan biasa pun orang kata garang. Tak bercakap apa pun, orang kata garang. Aku pun tak mintak untuk ada suara mengaum macam ni. Even cakap biasa pun, orang kata marah. Sungguh, kadang aku harap semua ni takde dengan aku. 

Dan satu aku boleh pastikan, sejak hari itu, aku jadi insecure. Aku tanya orang sama ada betul aku garang. Nak pastikan apa pandangan orang terhadap aku. Ada yang kata ya, ada yang kata biasa. Dan kalau tanya aku, ada orang lain yang lagi garang daripada aku. Cuma sebab wajah mereka yang manis dan suara yang lembut, orang boleh terima lebih daripada aku. Mungkin ada yang aku salah mana-mana. 

Dan tentang salah, satu perkara yang aku silap bila dengan kau adalah terlalu rushing. Gopoh. Tapi aku tak boleh elak daripada jadi macam tu. Aku ada satu tempoh masa yang aku patut gunakan dengan sehabisnya. Satu masa fix yang perlu manfaatkan sebaiknya. Jadi aku cuba untuk tunjuk yang aku bukan main-main. Tapi aku sendiri tahu, takda perkara yang aku kejar. Dan itu bukan gaya aku pun, aku lagi santai daripada tu. Cuma situasi tak benarkan untuk aku jadi macam tu. Aku minta maaf. Mungkin aku terlalu gopoh. 

Apa pun, berbahagialah. Akan ada orang lain yang lebih baik untuk kau. Akan ada lelaki lagi baik lagi lemah lembut untuk kau. 

Dan aku, kisah cinta aku dah habis, sebenarnya lama dahulu. Aku tak rasa yang aku akan tunjukkan effort untuk sesiapa lagi. Tak, sekurang kurangnya untuk satu tempoh masa. Tiga kali tengok usaha yang gagal cukup untuk buat aku menyerah. Mungkin memang kisah cinta bukan untuk aku. Mungkin sendiri memang kisah yang Tuhan takdirkan untuk aku. Dan aku mula biasa dengannya. 

Akhir sekali, terima kasih. Walau untuk apa pun itu. 

Friday, 1 September 2023

Tempat Yang Berubah

Satu benda yang aku perasan selepas perpisahan adalah satu-satu tempat tu takkan kekal sama. Nama pon akan berubah. Dia takkan jadi kedai makan itu, kedai runcit itu, pantai itu atau segala macam nama khas satu-satu tempat tu. 

Nama tempat tu kemudiannya akan jadi:
Kedai makan aku bawak dia pergi, Mr diy yang kami pernah pergi sekali, kafe yang mahu kami pergi, kedai kopi tempat pertama kami keluar bersama, padang kami ambil gambar dahulu dan segala macam nama yang berkait dengannya. 

Tempat itu akan jadi istimewa, satu yang pernah beri makna. 

Yang Buatkan Saya Tersenyum


Ada satu momen yang saya ingat. Hari itu, saya bangun dengan tiada mood. Malah tidak tersenyum hingga tengah hari. Kawan-kawan saya tahu hari itu saya tiada mood. 

Hari itu, selepas program di perpustakaan. Say terpaksa pastikan yang semua orang dapat nasi. Panas dan saya kenakan baju kemeja. Dipadankan dengan hati yang panas. Saya terpaksa tunggu di hadapan surau. Menanti orang datang tuntut makanan. Masih tiada senyuman. 

Semua sebelum dia datang depan saya. Ke keretanya tidak silap. Bersama Ayuni. Saya masih ingat yang Ayuni tidak mahu lari waktu itu. Tapi disuruh dia untuk lari bersama. Malah ditariknya Ayuni. Saya ingat Ayuni kata:

"kenapa kena lari?" dan dia cuma gelak sambil suruh Ayuni lari bersama. 

Dan mereka berlari. Di hadapan saya. Saya cuma lihat dan tidak semena-mena satu senyuman terukir di wajah saya. Tidak tahu kenapa. Mungkin terhibur. Mungkin kerana senyumannya. Mungkin kerana kegelabahannya. 

Tapi untuk sekejap, saya tersenyum. Kali pertama untuk hari itu. Walau sekejap. Terima kasih. Dan entah kenapa, momen kecil seperti ini boleh saya ingat. Tapi terima kasih kerana pernah jadi sebab saya tersenyum.