May be kalau kau tahu, macam mana perkataan tu hilang dalam kepala aku, ayat-ayat lesap daripada lidah aku dan cuma senyuman tawar yang terbit di wajah aku, mungkin akan jadi lain.
Jatuh cinta, bukan perkara yang kau boleh paksakan. Ada yang makan bulan, tahun untuk terima seseorang. Mungkin orang akan jatuh cinta kerana satu momment kecil yang bermakna. Dan aku tak boleh nak paksa sesiapa untuk sukakan aku. Dan aku dah terlalu biasa ditinggalkan, jadi untuk rasa sedih yang melampau tu, mungkin dah tak boleh. Aku pernah kena lagi teruk daripada ni, pernah menangis, meratap, merayu untuk seorang perempuan. Tak, aku tak rasa perkara tu akan jadi lagi.
Cuma aku terkilan. Aku tak boleh nak paksa sesiapa. Dan certain situasi aku tak boleh pilih pun. Aku tak mintak untuk ada aura garang macam ni, even aku dalam keadaan biasa pun orang kata garang. Tak bercakap apa pun, orang kata garang. Aku pun tak mintak untuk ada suara mengaum macam ni. Even cakap biasa pun, orang kata marah. Sungguh, kadang aku harap semua ni takde dengan aku.
Dan satu aku boleh pastikan, sejak hari itu, aku jadi insecure. Aku tanya orang sama ada betul aku garang. Nak pastikan apa pandangan orang terhadap aku. Ada yang kata ya, ada yang kata biasa. Dan kalau tanya aku, ada orang lain yang lagi garang daripada aku. Cuma sebab wajah mereka yang manis dan suara yang lembut, orang boleh terima lebih daripada aku. Mungkin ada yang aku salah mana-mana.
Dan tentang salah, satu perkara yang aku silap bila dengan kau adalah terlalu rushing. Gopoh. Tapi aku tak boleh elak daripada jadi macam tu. Aku ada satu tempoh masa yang aku patut gunakan dengan sehabisnya. Satu masa fix yang perlu manfaatkan sebaiknya. Jadi aku cuba untuk tunjuk yang aku bukan main-main. Tapi aku sendiri tahu, takda perkara yang aku kejar. Dan itu bukan gaya aku pun, aku lagi santai daripada tu. Cuma situasi tak benarkan untuk aku jadi macam tu. Aku minta maaf. Mungkin aku terlalu gopoh.
Apa pun, berbahagialah. Akan ada orang lain yang lebih baik untuk kau. Akan ada lelaki lagi baik lagi lemah lembut untuk kau.
Dan aku, kisah cinta aku dah habis, sebenarnya lama dahulu. Aku tak rasa yang aku akan tunjukkan effort untuk sesiapa lagi. Tak, sekurang kurangnya untuk satu tempoh masa. Tiga kali tengok usaha yang gagal cukup untuk buat aku menyerah. Mungkin memang kisah cinta bukan untuk aku. Mungkin sendiri memang kisah yang Tuhan takdirkan untuk aku. Dan aku mula biasa dengannya.
Akhir sekali, terima kasih. Walau untuk apa pun itu.