Friday, 23 August 2024

Setelah Sekian Lama

Aku rasa lama tak rasa macam ini. Dia gadis yang sederhana, pakaian, pembawakan diri dan perhiasan. Cuma entah kenapa setiap kali aku nampak dia dari jauh, hati aku akan kata dengan sendiri (dengan sangat kuat) "Ya Allah cantiknya."

Maksud aku, ya, perempuan lain masih ada yang cantik. Cuma dia istimewa kerana entah kenapa, hati aku akan menjerit begitu setiap kali lihat kelibatnya.

Tapi tak mengapalah. Aku dah hilang peluang aku. Cuma kalau ada satu perkara yang aku akan beritahu kepadanya, dia tak pernah jadi rebound untuk aku. Aku tak pernah fikir untuk jadikan dia pengganti kepada sesiapa. Sebab istimewanya dia cuma satu dalam dunia ini.

Satu-satunya gadis yang buatkan aku hilang perkiraan dengan hanya pandangan mata. Mungkin dari senyumannya, mungkin dari gigi taringnya yang terlihat ketika dia senyum, mungkin dari matanya yang kuyu tetapi memancar cahaya, atau mungkin hanya kerana dia. 

Dan tak pernah aku fikir untuk 'test market'. Gila mana yang hasut aku untuk mencuba nasib dengan gadis istimewa macam dia. Gila mana yang hasut aku untuk fikir yang aku punya peluang.

Tiada gadis lagi yang buatkan aku takut untuk menegurnya, tiada orang lagi yang buatkan aku takut kerana gagapku yang akan muncul ketika berhadapan dengannya. Seolah diatarik semua ilhamku untuk berkata apa-apa ketika berhadapan dengannya. Hanya dia. 

No comments:

Post a Comment